It life babe.
Sunday, 13 April 2014, ϟ
Hello,
Kehidupan ini memiliki keperluan dan kehendak. Keperluan juga terbahagi kepada tiga peringkat, yang pertama keperluan fisiologi. Kedua keperluan sosial dan ketiga keperluan rohani. Macam belajar balik perdagangan pula, haha. Normal kalau seseorang itu inginkan rumah, kehidupan berkeluarga, beribadah di surau. Selepas ada keperluan semestinya ada kehendak, yang inginkan rumah dihiasi dilengkapi dengan barang barangan yang memerangsangkan keselesaan. Manusia memiliki cita rasa yang mengingini corak kehidupan yang belainan dengan cara cara yang tertentu. Mereka ini juga mahukan barangan yang mudah diguna bagi keselesaan, contoh barang berikut seperti telefon bimbit, komputer rimba, jam tangan dan juga kenderaan. Manusia juga mahukan kehidupan yang bahagia, tanpa keperluan dan kehendak ini pun tidak mengapa yang penting di mata manusia sekarang hanyalah kebahagia dalam kehidupan. Percayalah tanpa kebahagian manusia sekarang teramatlah sengsara dalam kesedihan. Binalah keluarga bahagia untuk memiliki kejayaan atau kemenangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerana itulah kemenangan bagi Nabi Muhammad s.a.w.
# Allah memberi keperluan bukan kehendak, kerana kehendak ia datang dari hawa nafsu. Nak tanya sesuatu? ada yang tak kena? http://ask.fm/CapitalMirza
new past
